Seorang bomoh mendakwa dirinya mampu ghaibkan buaya dari sungai, sekali bomoh pula yang ghaib.
Pawang adalah orang yang terkenal dengan ilmunya dalam menyembuhkan ataupun menyelesaikan sebarang masalah kerana mereka mempunyai ilmu-ilmu ghaib.
Buaya juga akan terdapat pawangnya yang tersendiri. Namun, baru-baru ini tular di media sosial tentang seorang pawang buaya yang tiba-tiba ghaib di dalam sungai.
Seorang pawang buaya yang bernama Supriyanto telah tiba-tiba ghaib ketika sedang menjalankan aktiviti ritual di dalam sungai. Ritual tersebut dilakukan bagi menangkap seekor buaya ganas yang sebelumnya telah membaham seorang penduduk di situ yang bernama Arjuna.
Pada asalnya, pawang tersebut ingin membantu untuk mencari lelaki tersebut yang ghaib di lokasi yang sama kerana dia mengaku mempunyai kelebihan ‘supernatural’ indra keenam sehingga dia nekad untuk menyelam ke dalam sungai.
Lihat video di bawah:
Malang tidak berbau, ketika melakukan ritual tersebut, tiba-tiba pawang tersebut diterkam dari dasar sungai. Supriyanto kemudiannya ghaib dan sudah tidak muncul-muncul lagi.
Penduduk di situ pada ketika itu masih lagi tenang dan apabila terlalu lama pawang tersebut tidak muncul, mereka mula mengesyaki bahawa Supriyanto telah di baham oleh buaya. Mereka juga berharap pawang tersebut tidak akan apa-apa disebabkan mereka sangka pawang itu mempunyai ilmu.
Walau bagaimanapun, ternyata dia bukanlah pawang buaya. Pawang tersebut dikatakan seorang yang pandai di daerah tersebut. Dia selalu menyembuhkan masalah misteri dan kerana kepandainya, dia selalu dipanggil keluar negeri untuk mengubati masalah misteri yang dialami oleh sesiapa sahaja.
Pawang tersebut dikatakan mempunyai kuasa ‘supernatural’ sejak muda. Namun, pada akhirnya orang ramai mengetahui bahawa ternyata Supriyanto itu sebenarnya bukanlah pawang buaya.
Sumber: Info Rakyat
