Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pasangan kekasih buang bayi yang masih bertali pusat di sungai

Sepasang kekasih telah ditahan berhubung kes pembuangan bayi dalam parit di kawasan Kampung Melayu Pandan, di sini pada Ahad lalu.

Deputi Superintendan Mohd Roslan Mohd Tahir selaku Timbalan Ketua Polis Seri Alam berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi perempuan itu sekitar jam 11.50 pagi.

Susulan daripada itu, beliau berkata, pihak polis menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Poli̇s Daerah (IPD) Seri̇ Alam telah berjaya menahan dua suspek yang disyaki ibu dan bapa kepada bayi terbabit dalam tempoh kurang daripada dua jam kemudian.

“Pihak poli̇s mengesahkan telah menerima maklumat berkenaan penemuan mayat bayi yang baru lahir itu daripada orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam pada itu, pihak poli̇s turut mengesan satu rakaman vi̇deo penemuan mayat bayi di dalam pari̇t berdurasi 38 saat. Sejurus itu, dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Tangkapan terhadap suspek lelaki berusia 28 tahun dan suspek wanita, 27 tahun itu dibuat di kawasan Kampung Melayu Pandan sekitar jam 1.00 petang hingga 1.30 petang,” kata beliau  dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Menurut Deputi Superintendan Mohd Roslan Mohd Tahir, kedua-dua suspek merupakan pekerja kilang dan dipercayai ibu bapa kandung kepada anak berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Manakala mayat bayi telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk bedah siasat,” jelas beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau lagi, menerusi tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas dua helai pakaian yang mempunyai keşan tompokan disyaki darah.

Selain itu juga, sejumlah 42 pil ubat pelbagai jenis beserta dua buah telefon bimbit turut dirampas.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif dan punca kematian bayi itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan jika sabi̇t kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya,” jelas Deputi Superintendan Mohd Roslan Mohd Tahir lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, kedua-dua suspek sedang berada di dalam tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga Khamis.

 

Sumber: Info Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...