Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Ibu jual bayi usia 14 hari untuk lunaskan hutang

JAKARTA : Seorang wanita di Bekasi telah ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang akibat dipercayai telah menjual bayinya dengan harga 30 juta rupiah (RM9,095).

Suri rumah yang dikenali sebagai  HI, 29 tahun, itu nekad untuk menjual darah dagingnya sendiri di laman Facebook kerana mempunyai hutang loteri dalam talian.

HI pergi ke Samarang untuk bertemu dengan seorang pembeli wanita yang datang dari Demak, Jawa Tengah.

Perbuatannya itu terbongkar apabila suami HI bertanyakan keberadaan anak keempat mereka yang baru sahaja berusia 14 hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasto Wardoyo selaku Ketua Badan Kependudukan dan Perancang Keluarga Negara (BKKBN) berkata, kes itu mendedahkan hakikat bahawa suami isteri berkenaan tidak bersedia untuk membina rumah tangga.

Hasto Wardoyo mengesyaki punca bayi itu dijual oleh kerana keluarga itu belum bersedia dari segi mental dan keadaan ekonomi mereka masih belum lagi stabil.

Satu lagi sebab yang menyebabkan dia memilih untuk menjual anaknya adalah berpunca daripada kekurangan perancangan yang betul dalam membina keluarga. Mereka gagal untuk merancang pembentukan keluarga.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...