Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tak siap ‘homework’ punca guru besar rotan pelajar sampai cedera

SEGAMAT : Seorang murid lelaki di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Jementah, Segamat, Johor di sini cedera di bahagian badan dan muka selepas didakwa telah dirotan oleh guru besar disebabkan dia gagal menyiapkan kerja sekolah.

Superintenden Ahmad Zamry Marinsah selaku Ketua Polis Daerah Segamat berkata, pihaknya mengetahui kejadian yang berlaku terhadap murid Tahun Lima itu menerusi Facebook Polis Daerah Segamat pada pukul 11 malam Selasa.

“Pada pukul 12.10 tengah malam, satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa mengatakan anaknya cedera di leher kiri, bahu kiri dan calar di pipi akibat dirotan guru besar wanita berusia 50-an.

“Siasatan awal mendapati murid itu dirotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa ketika sesi pembelajaran di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, susulan itu pihaknya memanggil guru berkenaan dan sudah mengambil keterangannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Sumber: Sinar Harian, OhBulan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...