

BATU PAHAT – Tiga orang individu maut dipercayai akibat lemas di dalam sebuah kenderaan di Hentian Rehat Yong Peng (arah selatan), Lebuhraya Utara-Selatan, di sini, pada malam Selasa.
KUP Suhairulair Sarip selaku Komander operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.59 malam.
Kata beliau, mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan, berusia 23 hingga 27 tahun telah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan di kawasan parkir dan telah disahkan meninggal dunia.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar terdapat tiga orang mangsa terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Alza dan cermin kereta telah dipecahkan oleh orang awam sebelum PKO tiba.
“Mangsa juga telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia.
“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, manakala operasi ditamatkan pada jam 10.22 malam sejurus keadaan sekitar dipastikan selamat,” kata KUP Suhairulair Sarip dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut beliau juga, seramai enam orang anggota bomba daripada BBP Pagoh, bersama sebuah jentera FRT diatur gerak untuk operasi menyelamat tersebut.
Sumber: Astro Awani

You May Also Like
Uncategorized
NAIROBI, KENYA – Seorang wanita di Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...
Uncategorized
Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...
Uncategorized
Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...
Uncategorized
Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...