
Gambar hiasan
Sebuah bas telah terjunam ke dalam gaung di kawasan terpencil di Peru. Sekurang-kurangnya seramai 12 orang maut manakala berpuluh orang lagi turut cedera selepas bas yang mereka naiki.
Bas berkenaan dilaporkan telah terbalik dan terjunam ke dalam jurang sedalam 100 meter di wilayah Andes di Ancash.
Menurut Carlos Oyola selaku Datuk Bandar Wilayah Fitzcarrald, pada masa ini seramai 12 orang telah disahkan maut dan lebih 15 orang cedera.
“Kami masih berada di tempat kejadian bagi memberikan semua sokongan yang diperlukan, bersama-sama dengan pihak polis dan pekerja kesihatan,” kata Carlos Oyola.
Bas tersebut juga dikatakan dalam perjalanan dari Yauya ke ibu negara Lima dan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.
Kemalangan dilaporkan kerap berlaku di sepanjang lebuh raya Peru berpunca daripada pemanduan yang agak laju dan keadaan jalan yang teruk selain kekurangan papan tanda jalan serta penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang lemah.
Sumber: Utusan Malaysia
