Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Budak lelaki sedih terpaksa bakar bantal busuk kesayangan

Sudah pasti ramai yang mempunyai barang kesayangan sejak kecil, betul tak?

Contoh yang paling dekat adalah kain busuk, selimut busuk atau bantal busuk. Ramai yang menyimpan bantal busuk sehingga mereka besar.

Malah, ada juga yang sampai sanggup mengusung bantal peluk itu ke mana saja mereka pergi walaupun sudah berkahwin mahupun sudah mempunyai anak.

Baru-baru ini, tularnya sebuah video mengenai reaksi seorang budak lelaki menangis apabila terpaksa membakar bantal peluk kesayangannya telah mencuri perhatian warganet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lihat video penuh itu di bawah:

 

Berdasarkan video yang dikongsi oleh @izwanzahrie di Tiktok, kelihatan budak lelaki itu berada di sebuah kawasan lapang bersama ibu dan bapanya.

Dia dilihat terpaksa untuk melepaskan harta kesayangannya sejak kecil iaitu bantal busuk. Dalam rakaman itu, dapat dilihat ayahnya membakar bantal busuk tersebut di depannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang meraih tumpuan adalah apabila dia yang pada mulanya dilihat tenang dan tersenyum namun tiba-tiba sebak dan mengalirkan air matanya. Iyalah, siapa tak sayang bantal busuk yang dijaga sejak kecil bukan?

“Dia kuat tapi dia koyak juga akhirnya. Sedihnya” – Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 348K views, 15.1K likes dan 4.2K shares di laman TikTok, rata-rata warganet dapat relate dengan reaksi sebak budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Seismik

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...