Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pak Arab di Madinah mulut manis, Jemaah wanita cair terus luah masalah rumah tangga dan burukkan suami

Kejadian berlaku di Madinah, seorang jemaah wanita berkongsi pengalaman yang disaksikannya sendiri membabitkan isteri orang dengan lelaki warga tempatan.

Ketika itu dia memasuki sebuah kedai cenderamata yang terletak berdekatan dengan hotel dan kelihatan ramai jemaah wanita sedang meninjau sambil memilih barang di dalam premis tersebut yang berkemungkinan cantik dan murah.
“Peniaga dekat situ kebanyakannya bermulut manis, sambut kita dengan baik. Saya ingatkan dia macam nak ‘try’ saya seorang je. Kemudian saya nampak dia layan pelanggan perempuan lain juga.
“Masa tengah pilih barang, saya nampak ada seorang jemaah wanita bersembang dengan seorang peniaga orang Arab ni yang memang pandai cakap bahasa Melayu,” katanya di hantaran TikTok.
 Dia memberitahu, jemaah wanita itu rupanya berstatus isteri orang kerana mendengar perbualan mereka berdua.

“Dia bersembang tentang masalah rumah tangga, dia meluahkan. Jadi, peniaga Arab ni pun mendengar dan bagi pandangan.
“Macam ni la… perempuan ke lelaki ke, kalau ada ada masalah rumah tangga, jangan cerita kepada orang lain stranger (orang asing).
“Mula-mula mungkin nampak macam nak membantu, lama-lama mungkin akan jadi yang sebaliknya. Kau datang ke Tanah Suci, kau bercerita dengan Allah, kau berdoalah,” katanya.
Semasa dia keluar dari kedai tersebut, dia mendapati bahawa wanita berkenaan masih lagi meneruskan sesi luahannya bersama Pak Arab walaupun orang ramai datang membeli.
“Perempuan ni tengah bersedih beritahu I nak balik hotel. Eh tak apa la you balik hotel bukan ada siapa. You tunggu la sini.
“Aku dengar ni macam… kenapa perempuan ni kan, macam tak kena cara dia. Pak Arab ni pun dah kenapa, sepatutnya tak payah layan atau tak perlu lebih-lebih.
“Nak kasihan pun berpada-pada. Aku masih mendengar mereka bersembang pasal suami dia,” katanya.
Dia menegaskan pertikaiannya itu bukan tertumpu kepada isu jemaah wanita itu bersama suaminya, sebaliknya cara dia meluahkan masalah dengan orang asing itu adalah satu perkara yang ternyata salah.
“Bukan kenapa masalah rumah tangga dia, tapi kenapa bawa cerita tu pada stranger? Kamu tu jemaah datang ke Tanah Suci untuk apa?
“Untuk cari jalan penyelesaian kan? Berdoa, minta pada Allah,” jelasnya lagi.
Dia juga mengakui hampir terkena dengan ‘pujukan’ peniaga Arab apabila disangka masih bujang sedangkan datang bersama suaminya namun sedang menunggu di luar kedai.
“Dia ingat aku single, oh cantiknya. Mula-mula je cantiklah, macam nak mengorat jadi kita pun macm berbunga-bunga. Bagi harga best price dekat kita, kita minta diskaun dia bagi.
“Dia macam nak try saya, tiba-tiba suami rasa asal lama sangat duduk dalam kedai dan suami pun masuk. Ini husband saya la, saya cakap macam tu. Dia tak kacau saya tapi dia pergi cari perempuan lain,” kata dia sambil menambah jemaah wanita tadi dipercayai dari negara jiran.
Sehubungan itu, dia mengatakan bahawa kecurangan boleh berlaku di mana-mana sahaja meskipun di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadah.
“Berlaku depan mata saya, benda yang sekecil-kecil macam tu. Kamu jangan layan, jangan meluahkan benda yang tidak sepatutnya.
“Saya rasa masa tu sangat tak patut dan Pak Arab tu pun sama. Para jemaah puan-puan, kalau ada masalah janganlah mengadu pada orang luar berlainan jantina.
“Tak kisahlah di mana sahaja kita berada, jangan meluahkan masalah terutama masalah rumah tangga. Jangan pernah bagi peluang kepada pintu zina,” katanya.
Menurut portal e-Syariah, perbuatan curang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta 559 (Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997) kerana menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
Apabila mereka disabitkan kesalahakan pesalah boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Selain itu juga, mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.
Sumber: CARI
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...