Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita diganggu lelaki warga asing dalam bas dengan pandangan yang ‘menyeramkan’

Seorang wanita berkongsi detik cemasnya apabila dia diganggu oleh seorang lelaki warga asing semasa menaiki bas menghala ke Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Blueberrysheeshcakeee di akaun TikTok miliknya, dia memaparkan lelaki warga asing tersebut bertindak kurang sopan dengan memandang ke arahnya berulang kali dengan pandangan yang menakutkan.

“Masa naik bas dah perasan seorang mamat ini dia duduk pandang-pandang bukan biasa tapi ‘creepy’ (menyeramkan). Dia dah banyak kali pandang masa saya main telefon.

“Bayangkanlah dari TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Mentakab 10 hingga 15 minit sekali dia akan toleh belakang pandang lepas itu senyum-senyum. Kau rasa Shila?,” katanya menerusi ruangan kapsyen di hantaran Tiktoknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bimbang akan perkara berikut menjadi semakin serius, wanita tersebut bertindak bijak apabila segera merakam perbuatan individu terbabit untuk dijadikan bukti.

“Mana tahu boleh jadi bukti bila orang tak percaya saya cakap atau rasa saya cuma mengada dan perasan,” ujarnya.

Bagaimanapun, menurut wanita itu, perkara tersebut telah diadukan kepada pemandu bas terbabit.

“Saya dah lapor dekat pemandu bas ini dan dia suruh tukar tempat duduk dan saya pun dah selamat sampai rumah,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, dia menasihati wanita di luar sana supaya peka dengan keadaan sekeliling dan lebih berhati-hati apabila berseorangan walaupun di mana jua.

“Cuma nak pesan kepada gadis di luar sana tolong lebih berhati-hati bila naik bas lebih-lebih lagi seorang,” katanya.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 2,000,000 tontonan dan 68,500 tanda suka.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...