Mendiami rumah yang besar semestinya akan menimbulkan rasa takut jika hanya tinggal berseorangan.
Disebabkan itu, lebih baik jika ada yang teman seperti roommate atau housemate supaya rumah itu lebih riuh suasananya. Bukan setakat itu sahaja, sekiranya berlaku situasi yang membahayakan juga ada yang boleh memberikan bantuan.
Di Twitter, tularnya sebuah video yang memaparkan situasi lelaki bujang berdepan dengan lelaki yang tidak dikenali telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap lambai tangan dan tanya lelaki bujang nak ‘main’ ke tak.
Menerusi video yang dihantar, kelihatan dua orang lelaki bujang yang sedang berada di dapur rumah mereka.
Pada awalnya, mereka kedengaran ada suara lelaki di luar rumah dan cuba untuk masuk daripada pintu belakang. Apabila ditanya apa yang dia mahu, lelaki pelik itu menjawab dia mahu masuk ke dalam rumah. Dia siap melambaikan tangannya dan tanya kepada lelaki itu “nak main tak”.
Kedua-dua orang lelaki itu dilihat cuak dan cuba menghalaunya. Mereka siap mahu memanggil polis. Tetapi, pada keesokan harinya, lelaki itu tiba-tiba berjaya masuk ke bilik rakan mereka.
Lihat posting seterusnya di bawah:
“Malam ni ready baling barang kat dia kalau datang lagi” – Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 444K views, 4K retweets dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut merasa takut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
