Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Isteri nak majlis ‘grand’, Buruh binaan tertekan gantung diri sehari sebelum anak kahwin

Seorang lelaki telah ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik tidurnya pada 11 Julai lalu dipercayai akibat mengalami tekanan kewangan.

Memetik laporan daripada Kompas.com, perkahwinan pasangan pengantin di Jawa Timur, Indonesia bertukar menjadi suasana pilu apabila ayah kepada pengantin perempuan membunuh diri sehari sebelum majlis perkahwinan.

Menurut Suwarningsih selaku Ketua Polis Semen berkata mayat lelaki itu ditemui oleh salah seorang anaknya yang berusia empat tahun.

Mangsa menggantungkan diri menggunakan kain pelikat.

Hasil pemeriksaan pada tubuh mayat mendapati bahawa tiada sebarang unsur keganasan yang ditemui, justeru itu pihak polis mengesahkan kematian adalah disebabkan tindakan bunuh diri. Keluarga mangsa juga enggan melakukan bedah siasat terhadap mayat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan siasatan polis dan kenyataan keluarga, lelaki berusia 51 tahun itu baru sahaja pulang ke rumah selepas tiga bulan bekerja sebagai buruh binaan di Kalimantan. Dia pulang ke rumah kerana mahu mengahwinkan anaknya.

Difahamkan terdapat masalah yang timbul apabila isteri mangsa mendesak untuk mengadakan majlis secara besar-besaran sedangkan mangsa tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan.

Mangsa kemudian bertindak mengakhiri hidupnya sendiri akibat tidak tahan menanggung hutang yang sudahpun bertimbun.

Walau bagaimanapun, perkahwinan anak mangsa tetap diteruskan kerana pada masa yang sama keluarga sedang melakukan persiapan majlis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada hari perkahwinan mereka, pasangan mempelai itu mengadakan akad nikah disebelah jenazah bapanya sebelum majlis pengebumian dilakukan.

Sumber: OhBulan, Kompas.com

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...