Pada zaman ini, kes gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja baik lelaki mahupun wanita dan tidak kiralah di mana sahaja mereka berada.
Mungkin sebelum ini kes gangguan seksual lebih sinonim kepada kaum wanita dan seringkali hanya wanita sahaja yang akan diganggu oleh lelaki gatal. Tetapi lain pula masa kini di mana kaum adam juga turut tidak terlepas menjadi mangsa seksual, malah angka itu semakin meningkat dari tahun ke tahun dan kes yang berlaku semakin membimbangkan.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), 257 lelaki menjadi mangsa gangguan seksual daripada keseluruhan 1,218 kes yang dilaporkan dari tahun 2013 hingga 2017.
Terbaru, seorang lelaki bernama Aus menceritakan detik hitamnya di mana dia didatangi oleh lelaki yang tidak dikenali ketika berada di dalam tandas.
Menurut perkongsian Aus di Twitter, dia yang ketika itu sedang mencuci mukanya di bilik air tiba-tiba didatangi oleh dua orang lelaki tidak dikenali.
Aus berkata dua lelaki tersebut cuba untuk merapatinya sedikit demi sedikit.
Aus pada mulanya tidak mahu berfikir yang bukan-bukan dan meneruskan sahaja urusan mencuci muka, sehingga terjadi sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Lelaki tersebut tetap mengekori Aus namun Aus berjaya melarikan diri dan meminta bantuan seorang rakan.
Pada masa yang sama, Aus menerusi bebenang tweet berkenaan turut menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling ketika berada di tempat awam.
Mujur tiada apa yang buruk berlaku kepada Aus.
Selepas tweet tersebut viral, terdapat beberapa orang lagi yang turut berkongsi pengalaman mereka diganggu secara seksual menerusi direct message kepada Aus.
Aus turut berkongsi screenshot perbualannya bersama beberapa individu berkenaan.
Memang benar, perkara ini tidak boleh dibuat main dan boleh memberi kesan trauma seumur hidup kepada mangsa dan akan menganggu mental mereka.
Akhir sekali, Aus turut menasihati orang ramai agar tidak terus pukul rata dengan golongan LGBT.
Menurut Aus juga, bukan semuanya terdesak seperti lelaki tersebut. Bahkan, gangguan seksual turut boleh berlaku kepada mereka.
