SHAH ALAM : Seorang pelajar universiti awam maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pada pukul 5.47 petang dan mangsa merupakan seorang wanita yang berusia 23 tahun.
Superintendan Ramsay anak Embol selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihak polis mendapati mangsa mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan sakit mental.
Kata beliau, kali terakhir mangsa menerima rawatan tersebut adalah pada 10 Julai lalu di Hospital Shah Alam.
“Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat empat di bahagian tempat letak kenderaan bangunan tersebut. Tiada unsur-unsur jenayah ditemui dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat,” katanya Superintendan Ramsay anak Embol.
Jelas beliau juga, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan sebarang maklumat lanjut berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Sarjan Mejar Shafawi ditalian 011-33642465.
Sumber: Kosmo
