PETALING JAYA : Sebuah kedai roti yang bertempat di Sri Petaling telah menjadi bualan ramai selepas tularnya gambar peniaga premis tersebut yang kelihatan cantik dan seksi semasa sesi jual beli.
Menerusi beberapa perkongsian tular di Facebook, peniaga wanita itu kelihatan sedang tekun menyiapkan beberapa jenis roti dan kecantikannya menjadi sebutan para pelanggan.
Sementara itu pula, seorang individu tampil berkongsi cerita dimana wanita tersebut nekad untuk membuka perniagaan kedai roti disebabkan tidak mendapat tawaran pekerjaan selepas tamat pengajian di sebuah universiti.
Pada masa sama, menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh menyamakan situasi tersebut seperti di negara jiran.
“Sama macam peniaga-peniaga di Thailand, wanita cantik, muda, seksi rajin berniaga, jadi tarikan di kedai,” kata seorang pengguna Facebook.
“Lepas ni makin ramai golongan suami, bujang, duda nak beli roti untuk anak bini, jaga-jaga,” perli pengguna yang lain di ruangan komen.
Sumber: Kosmo
