Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tukang urut nampak lembaga hitam jilat pad berdarah di rumah pelanggan

Sudah menjadi adat orang Melayu, kebiasaannya akan melalui proses berpantang sesudah seorang wanita selamat bersalin.

Memang telah menjadi lumrah serta rutin, selepas bersalin, ibu-ibu baru haruslah melakukan proses pantang bersalin, sama ada dari sudut makanan, pergerakan mahupun penjagaan fizikal badan mereka.

Antara amalan berpantang yang akan dilakukan wanita-wanita ini termasuklah memakai bengkung, bertungku, berurut, dan lain-lain demi mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin, tahap kesihatan dan kecergasan, serta rupa paras yang menawan.

Proses berpantang boleh dilakukan secara sendirian, namun terdapat juga segolongan wanita yang mendapatkan bantuan daripada ibu atau ibu mertua masing-masing, bahkan terdapat juga yang menggunakan khidmat orang luar seperti bidan kampung mahupun bidan moden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi gerun pula dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang tukang urut wanita ini.

Baru-baru ini Nurul Basyarah yang merupakan seorang tukang urut wanita telah berkongsi kisahnya bertembung dengan lembaga hitam ketika berada di rumah salah seorang pelanggannya.

Nurul Basyarah yang lebih mesra disapa Kak B telah menceritakan bagaimana rumah pelanggannya itu berbau busuk semasa awal dia jejakkan kakinya buat pertama kali ke rumah itu.

Bukan itu sahaja, semasa Kak B mengurut pelanggannya itu, dia dapat rasakan dirinya seolah-olah diperhatikan oleh sesuatu. Apabila hendak membuang sampah di tong sampah, Kak B terlihat longgokan pad berdarah di dalamnya yang cukup untuk menjelaskan bau busuk rumah itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paling menggerunkan sekali apabila Kak B ternampak sendiri dengan matanya terdapat satu lembaga hitam sedang menjilat pad yang penuh dengan darah. Kak B siap ditegur lagi oleh lembaga hitam tersebut!

Baca di bawah perkongsian penuh Kak B:

Sumber: Seismik
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...