Bagi peminat lagu-lagu band Indonesia, sudah pasti anda mengenali kumpulan ST12 bukan? Terutamanya yang sering menjadi playlist setiap kali ingin mendengar lagu.
Sebelum ini, kumpulan yang berasal dari Bandung, Indonesia itu telah membuat konsert di Malaysia dan ramai yang berasa teruja kerana dapat mengimbau kembali lagu-lagu kegemaran mereka ketika zaman sekolah satu ketika dulu.
Namun begitu, tular pula satu rakaman yang memaparkan aksi sepasang kekasih seronok bercumbu semasa konsert berlangsung telah mengundang kecaman ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mereka dengan selamba berpeluk-peluk dan bercium di depan orang ramai.
Menerusi perkongsian tweet daripada @shahaidin yang turut pergi ke konsert tersebut, dia meluahkan rasa geram dan tidak puas hati terhadap aksi berani pasangan kekasih itu.
“To couple macam cibai yang berdiri sebelah aku masa konsert ST12 tadi, korang boleh pergi mampus and tolong get a room kalau nak buat benda-benda tak senonoh during konsert okay. Jijik!” tulisnya.
Justeru, rakaman aksi mereka dikongsi pula oleh seorang lagi pengguna bernama @ShahmiSekeri. Kelihatan pasangan itu tidak menghiraukan orang sekeliling di bahagian standing zone dan berpelukan serta berciuman dalam tempoh masa yang agak lama.
Apa yang membuatkan ramai bengang lagi adalah perempuan itu memakai tudung, tetapi tindakannya seolah-olah tidak ada rasa malu langsung.
“This is gross ya guys, tak nampak sweet pun. Get a room la” – Warganet
Ikutan tularnya video berkenaan rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mengenai pasangan kekasih itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
