Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mayat kanak-kanak tanpa kepala ditemui di tepi pantai

BARCELONA- Pihak polis sedang menyiasat tentang penemuan mayat seorang kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan tanpa kepala yang terdampar di kawasan pantai di wilayah timur Tarragona di Sepanyol.

Pihak polis memindahkan mayat kanak-kanak-tanpa kepala yang ditemukan di kawasan pantai Costa Dorada di Sepanyol.

Mayat kanak-kanak yang dipercayai berusia antara dua dan tiga tahun itu ditemukan di kawasan tepi pantai berhampiran dengan pusat peranginan Costa Dorada di bandar Roda de Berà.

Seorang anggota pembersihan majlis perbandaran memaklumkan kepada pihak pengurusan selepas menemukan mayat yang masih lengkap berpakaian sebelum mereka segera menghubungi polis.

Mayat yang sudah hampir reput itu dipercayai telah dihanyutkan dari tengah laut ke pantai berkenaan kerana dilihat turut kehilangan beberapa anggota badan yang lain.

Pegawai Pengawal Awam terpaksa menutup sementara kawasan itu dan meminta penduduk tempatan serta pelancong untuk beriadah di lokasi lain sebelum hakim membenarkan pemindahan mayat dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pere Virgili selaku Datuk Bandar Roda de Berà berkata, kanak-kanak itu mungkin merupakan salah seorang penumpang bot pendatang yang terbalik di Mediterranean.

Difahamkan juga bahawa beberapa orang pengunjung di pantai itu turut ternampak mayat berkenaan namun tidak menghubungi polis kerana menyangkankanya hanyalah cebisan anak patung berikutan keadan tubuhnya yang sudah mereput dan tidak sempurna.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...