Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Wanita buat laporan polis, Gambar swafoto dengan ‘batang hulu’ jadi viral

Umum mengetahui, apa-apa maklumat sekalipun pada zaman sekarang memang sangat mudah untuk disebarkan kepada khalayak ramai terutamanya di media sosial.

Kebiasaannya, sesuatu yang lain daripada yang lain atau ada unsur kontroversi merupakan punca kepada sesuatu hal itu cepat tersebar luas.

Satu selfie seorang wanita yang sedang memegang kuih bahulu berbentuk zakar telah dikongsi secara meluas di laman sosial.

“Ini bahulu ke batang hulu?”

Maklumlah, zaman sekarang orang memang suka akan benda-benda yang rare dan unik terutamanya kuih bahulu yang berbentuk zakar di mana ianya sesuatu yang jarang ditemui dan mungkin ada yang tidak tahu akan kewujudannya.

Namun begitu, melihatkan kepada bentuknya yang tak ubah seperti kemaluan lelaki, ia mungkin tidak sesuai untuk dijual di pasaran Malaysia. Disebabkan itulah ianya cuma terjual di negara luar sahaja kerana terlalu sensitif sekiranya dijual di negara kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti yang dijangka, gambar terbabit menerima kutukan yang agak dahsyat sebaik menjadi viral. Ramai menganggap tindakan selfie oleh wanita itu memang tak boleh diterima dan dilihat agak lucah.

 

Menyedari gambarnya dikongsi secara berleluasa, wanita tersebut, Faridah Ulis atau dikenali sebagai Mamadot segera membuat laporan polis. Dia mendakwa penyebaran gambar itu telah mengaibkannya.

Pada Rabu, 17 Februari 2016, Faridah Ulis membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri pada pagi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petang pula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Faridah mendakwa bahawa gambar itu disebarkan tanpa kebenarannya. Dia memberitahu bahawa pada mulanya selfie berkenaan hanya bertujuan untuk dikongsi kepada rakan-rakannya di Facebook.

Walau bagaimanapun, ada pengikut yang bertindak untuk menyebarkan gambar tersebut sehingga mengaibkan dirinya.

“Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran,” jelas Faridah.

Katanya beliau berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan.

“Suami saya kecewa terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan pengguna internet yang mengkritik tindakan saya mengambil gambar dengan bahulu tersebut,” kata Faridah.

Faridah bagaimanapun berterima kasih kepada mana-mana pihak yang sentiasa menyokong dan mengambil berat terhadap dirinya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Seismik

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...