Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tegur rakan sebar video lucah, Pelajar asrama lumpuh ditendang di kepala

SHAH ALAM : Hati seorang ibu mana yang tidak luluh apabila anak ditendang di kepala. Hal ini berlaku berpunca hanya kerana menegur rakannya menyebar video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Kisah tragis itu dikongsikan oleh ibu mangsa menerusi akaun Facebook milik anaknya memberitahu keadaan itu menyebabkan anaknya lumpuh dan tidak dapat menggerakkan badan akibat tendangan terbabit.

Ibu mangsa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada warden asrama dan mendapat tahu kejadian bermula apabila anaknya yang merupakan ketua kelas menegur kawan sekelas lain yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Dakwanya juga, keadaan itu menyebabkan rakan mangsa berasa tidak berpuas hati lalu membalas dengan tendangan yang kuat di kepala mangsa secara tiba-tiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ketika dimaklumkan dia dikejarkan ke hospital oleh ambulans, hanya ALLAH saja yang tahu isi hati seorang ibu,” kata ibu mangsa yang turut memberitahu bahawa anaknya tidak sukakan kekerasan dan keganasan.

Sehubungan itu juga, satu laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian.

Setakat ini, ibu mangsa memaklumkan anaknya sudah boleh menggerakkan tangan dan kaki, namun ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) perlu dilakukan untuk mengesan kecederaan dalaman yang lain.

Tambah ibu mangsa lagi, kejadian tragis itu adalah takdir ALLAH yang amat berat untuk seorang ibu apabila orang lain sanggup bertindak sedemikian terhadap anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Doktor mengatakan jika tendangan itu kena bahagian bawah sedikit, maka gelaplah dunia mama,” ujarnya.

Dalam pada masa yang sama, dia turut meminta supaya semua pihak mendoakan kesembuhan anaknya dan dijauhi daripada segala mudarat.

 

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...