Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pecah masuk tadika, Tiga lelaki diberkas selepas aksi kejar-mengejar sepanjang 4km

SUNGAI SIPUT : Pihak polis berjaya menahan tiga orang lelaki selepas dipercayai terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah tadika di Taman Heawood, di sini Ahad lalu.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 hingga 29 tahun itu telah diberkas di Taman Tun Sambanthan selepas dikejar oleh pihak polis sejauh empat kilometer jauhnya.

Video kejadian berdurasi 45 saat itu tular di media sosial Tiktok dengan memaparkan kenderaan polis mengejar suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira yang berwarna kuning.

Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin selaku Ketua Polis Daerah Sungai Siput berkata, pihaknya ada menerima maklumat daripada orang awam berkaitan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau, bertindak atas maklumat itu, pihak polis ke lokasi kejadian dan menjumpai kereta tersebut sebelum mengarahkan pemandu berhenti untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemandu enggan berhenti dan memaksa polis mengejar sejauh empat kilometer sebelum berjaya menahan kereta itu di Taman Tun Sambanthan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menemui barang-barang elektrik dan peralatan disyaki digunakan dalam kejadian pecah tadika,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau juga, semakan rekod lampau mendapati bahawa ketiga-tiga suspek memiliki rekod bersabit kes jenayah dan dadah selain positif dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin, kesemua mereka telah ditahan reman lima hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...