Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Edar 5kg ganja bernilai 15k, Dua lelaki ditahan

PASIR MAS : Dua termasuk seorang lelaki warga Thailand ditahan selepas dipercayai mengedar lima kilogram ganja di kawasan pangkalan haram di Kaloi Gelang Mas di sini pada Khamis.

Kedua-duanya berusia 30-an dan 50-an itu ditahan dalam Ops Tapis Khas oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed selaku Ketua Polis Daerah Pasir Mas berkata, pihak polis menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-duanya dan mendapati mereka mempunyai sejumlah dadah jenis ganja.

Antara dadah yang telah dirampas pihak polis dalam serbuan di pangkalan haram di Pasir Mas pada Khamis.

“Hasil pemeriksaan dalam serbuan di kawasan pangkalan haram itu, pihak polis menemukan sejumlah ganja tersebut yang dianggarkan bernilai RM15,500.

“Ujian urin terhadap mereka pula didapati positif dadah jenis metamphetamine,” kata Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed dalam satu kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar beliau juga, pihak polis melakukan semakan lanjut terhadap rekod suspek-suspek dan mendapati ada yang pernah terlibat dengan bahan terlarang tersebut sebelum ini.

“Hasil semakan itu mendapati salah seorangnya mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait kes dadah.

“Oleh sebab itu, mereka akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas untuk perintah tahanan reman bagi membantu siasatan,” kata Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed.

Dalam pada itu juga, beliau turut memberitahu bahawa dalam satu lagi serbuan di Kampung Slow Machang, pihaknya menahan empat lelaki berusia antara 20 sehingga 50 tahun dengan rampasan dua jenis dadah bernilai RM6,600.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dadah-dadah yang dirampas ialah jenis heroin dianggarkan seberat 15.93 gram (g) dan 60 pil kuda seberat 6g, bernilai RM6,600.

“Hasil semakan, kesemua suspek dalam serbuan di Slow Machang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah selain urin mereka didapati positif bahan tersebut,” kata beliau.

Tambahnya lagi, mereka direman selama tujuh hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Kes-kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...