Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> 43 ekor lembu mati terminum air parit beracun

SUNGAI PETANI : Empat penternak lembu telah mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas 43 ekor lembu milik mereka ditemui mati dipercayai setelah minum air dari parit yang berdekatan dengan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Toh Pawang, Bedong dekat sini pada Rabu lalu.

Penternak, K. Thines, 35 tahun berkata, kejadian bermula apabila seekor lembu ternakannya ditemui mati berhampiran dengan parit kecil kira-kira pada pukul 7 malam, Rabu lalu diikuti oleh seekor lagi, sejam kemudian.

“Sehingga hari Sabtu lalu, sebanyak 18 ekor lembu milik saya dijumpai mati dalam keadaan mulut berbuih,” kata K. Thines ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, pegawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah Kuala Muda telah dipanggil untuk datang ke kawasan itu bagi membuat pemeriksaan dan siasatan sebelum mengesahkan haiwan tersebut mati kerana terminum racun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Laporan telah dibuat di Ba­lai Polis Bedong berhubung kejadian dan kita meminta pihak berkaitan menyiasat lanjut tentang air beracun tersebut,” ujarnya.

Menurut K. Thines, kesemua 43 ekor lembu itu dibela dalam satu kandangyang  besar dan ­di­­a­singkan mengikut penternak masing-masing.

Seorang lagi penternak, N. Yugesh, 25 tahun berkata, semua ternakan keluar meragut rumput di kawasan tertentu dari pukul 10 pagi hingga 6.30 petang sebelum dibawa masuk ke kandang semula.

“Kami mendapati semua lembu yang mati itu minum air bukit di parit tersebut tidak jauh dari kandangnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kebanyakan lembu yang mati itu termasuklah ibu dan anak berusia setahun hingga lima tahun,” ujarnya.

Penternak, S. Sammugam, 57 tahun pula berkata, ia merupakan kejadian yang pertama ternakan mati akibat minum air dari bukit yang mengandungi racun di ladang tersebut.

Sementara itu pula, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian.

“Kes berkenaan telah dirujuk kepada JPV bagi menunggu siasatan selanjutnya bagi menentukan punca kematian,” ujar beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo, Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...