Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mayat broker hartanah disumbat dalam peti sejuk selepas dikerat

BANGKOK: Mayat seorang broker hartanah Jerman ditemukan dalam keadaan menyayat hati apabila kepala, anggota badan dan tubuhnya dikerat dan disumbat ke dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Chon Buri.

Hans Peter Mack, 62 tahun telah dilaporkan hilang sejak 4 Julai lalu selepas isterinya seorang warga Thailand membuat laporan bahawa suaminya tidak pulang ke rumah selepas menghadiri mesyuarat perniagaan.

Mayat Mack ditemukan di dalam plastik sampah dan disumbat ke dalam peti sejuk pada lewat Isnin.

Waran tangkap telah dikeluarkan ke atas tiga individu pada Selasa yang melibatkan dua rakyat Jerman dan seorang lelaki Pakistan yang memiliki kewarganegaraan Thailand dan didakwa bersubahat dalam kes kecurian dan pembunuhan Mack.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nong Prue Chon Buri Pol Kol Thavee Kudtang selaku Komander polis berkata waran tangkap telah dikeluarkan selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV.

Beliau berkata seorang daripada suspek dilihat duduk di bahagian belakang sebuah trak pikap, bersebelahan peti sejuk beku tempat mayat Mack ditemukan.

“Pegawai penyiasat membuat kesimpulan bahawa tiga suspek terlibat,” katanya.

Sementara itu, Chon Buri Pol Kol Santi Kornkasem selaku Superintendan di pejabat polis wilayah berkata seorang daripada suspek telah menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Suspek menghubungi polis melalui peguamnya. Dia menyerah diri pada 3 petang (waktu tempatan) semalam,” katanya.

Polis turut menemui gergaji elektrik, tali, botol air minuman, soda dan bir.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...