Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Gadis 14 tahun dibunuh, dicincang dan dagingnya dijadikan inti kebab

Kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 14 tahun sekitar November 2003 kini telah dibuka semula untuk siasatan lanjut.

Mangsa bernama Charlene Downes

Mangsa iaitu Charlene Downes dilaporkan telah hilang pada 1 November 2003 di Blackpool. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengesan di mana keberadaan mangsa namun tiada sebarang petunjuk yang diperoleh oleh pihak polis. Mayat Charlene juga langsung tidak ditemui sehingga ke hari ini meskipun kes sudah 20 tahun berlalu.

Pihak polis percaya Charlene merupakan salah seorang daripada 60 kanak-kanak yang didandan oleh sekumpulan lelaki (pekerja kedai kebab Funny Boyz) sebelum dia dijadikan mangsa eksploitasi seksual. Kesemua kanak-kanak terbabit termasuk Charlene dipercayai telah diberikan makanan dan rokok sebagai pertukaran untuk melakukan hubungan seksual.

Sepanjang siasatan kes berlangsung, seramai dua individu iaitu Iyad Albattikhi (pemilik Funny Boyz) dan rakan kongsinya, Mohammed Reveshi telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Charlene namun mereka tidak disabitkan kesalahan kerana tidak dapat mencapai keputusan atas kesalahan mereka.

Pihak polis percaya kemungkinan besar Charlene telah dibunuh, tubuh badannya dikerat dan dicincang sebelum dijadikan daging kebab seperti yang diberitahu oleh Iyad menerusi rakaman perbualan. Bagaimanapun, perbicaraan semula digugurkan selepas polis menyifatkan siasatan yang dikendalikan oleh Lancashire Constabulary adalah tidak profesional.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun sudah 20 tahun berlalu, polis masih terbuka untuk mendengar sebarang maklumat baharu yang boleh membantu mereka bagi menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan kadar segera.

Sumber: OhBulan, The Sun, Mirror UK

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...