Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Cabul anak kandung, Tahanan mati ‘dihakimi’ lapan rakan sel

Seorang tahanan lelaki mati selepas dipukul oleh rakan tahanan sel pada Sabtu lalu.

Memetik laporan daripada Tribun News, mangsa baru sahaja dimasukkan ke tahanan Markas Polis Metro Depok, Indonesia pada Jumaat lalu kerana didakwa atas kesalahan mencabul anak kandungnya sendiri.

Menurut pihak polis, mangsa yang belum sempat dibicarakan telah ‘dihakimi’ dahulu oleh lapan orang tahanan lain di dalam sel yang sama.

Kejadian bermula apabila rakan tahananya bertanya kepada mangsa mengenai sebab mengapa dia ditangkap oleh pihak polis. Mangsa kemudian mengaku kepada rakan-rakannya bahawa dia adalah suspek bagi kes cabul anak kandungnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cabul ke atas kanak-kanak bawah umur dianggap sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak wajar, jadi ini membuatkan mereka berasa kecewa dan bertindak sedemikian.

Mereka bertindak untuk memukul mangsa dengan tangan dan menggunakan batang paip sebelum mangsa didapati pengsan. Kelapan-lapan tahanan tersebut kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pengawal lalu mangsa dikejarkan ke hospital.

Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia dengan kecederaan di bahagian punggung, dada dan belakang badan.

Berdasarkan kenyataan pihak polis, luka di bahagian punggung mangsa adalah berpunca daripada kesan hentakan batang paip yang digunakan manakala luka di dada mangsa kerana dipukul dengan menggunakan tangan.

Sementara itu juga, pihak polis masih lagi menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: OhBulan, Tribun News

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...