Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lari ke hutan kerana merajuk, Budak 11 tahun ditemui selamat

KOTA BELUD –  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melarikan diri ke hutan di Kampung Dudar. Walau bagaimanapun, dia telah ditemui selamat semalam.

Aliesah Aslan, ditemukan penduduk kampung, sejauh 400 meter dari kediamannya tanpa mengalami sebarang kecederaan, kira-kira pada pukul 9.30 malam.

Muhammad Syazwan Latun selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 7.54 pagi semalam.

Kata beliau, 13 orang anggota termasuklah Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bergegas ke lokasi kejadian dengan menggunakan satu kenderaan utiliti pacuan empat roda dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas memastikan tiada kecederaan serius, mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga.”

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan 10.30 malam,” kata beliau ketika dihubungi oleh pihak media hari ini.

Terdahulu, berlakunya perselisihan faham antara kanak-kanak itu dengan ahli keluarganya pada hari Ahad lalu.

Hal tersebut berlaku akibat kanak-kanak yang merajuk itu terbabit keluar dari rumah dan kembali pada 3.30 pagi semalam, sebelum melarikan diri semula ke hutan sebaik sahaja mendapati terdapat ahli keluarga lain di rumahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Operasi SAR turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga penduduk kampung.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...