Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Remaja maut akibat rempuh besi pembahagi jalan

SUNGAI PETANI : Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya didapati telah hilang kawalan lalu merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 101.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 1.50 pagi itu, mangsa, Mohamad Adam Ikmal Mohd. Noor, 17 tahun, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda memberitahu, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Selatan ke Plaza Tol Sungai Petani Utara.

“Mangsa yang beralamat di Bertam Perdana 3, Kepala Batas, Pulau Pinang dipercayai menunggang dalam keadaan laju sebelum gagal mengawal motosikal menyebabkan dia terbabas ke kanan jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Remaja itu kemudian merempuh besi pembahagi di tengah lebuh raya menyebabkannya tercampak dan maut serta-merta di tempat kejadian,” kata beliau ketika dihubungi.

Kata beliau juga, pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati mangsa yang tidak bekerja itu tidak memiliki lesen memandu yang sah.

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...