Bagi mengelakkan telur buaya menetas, seorang lelaki bertindak untuk memakan telur itu yang digoreng.
Katanya yang menggunakan akaun TikTok @khairuljohari27, ruang di rumah untuk menjaga beberapa haiwan eksotik yang dipeliharanya sudah terlalu terhad dan tidak boleh lagi menampung sekiranya muncul anak buaya baharu.
“Lama saya menunggu buaya itu bertelur, tapi sebab saya dah bincang dengan isteri, kami kekurangan tempat untuk tambahan haiwan, jadi kami ambil keputusan untuk makan telur buaya itu,” terangnya menerusi satu perkongsian video di TikTok.
Khairul juga turut mempunyai lebih daripada 1,000 jenis spesies haiwan yang dipelihara dan diternak secara sendiri di rumah termasuklah haiwan eksotik.
Terdahulu, Khairul berkongsi rakaman dia memakan telur buaya yang dikatakan mempunyai rasa yang tersendiri dan sangat berbeza daripada telur ayam atau itik seperti kebiasaan orang makan.
Kongsinya juga, telur buaya terasa lebih kenyal dan berlemak.
“Bahagian kuning sedap, bahagian putih telur rasa lain macam sikit,” katanya sambil menunjukkan cara-cara isterinya menggoreng telur buaya tersebut.
Menerusi perkongsiannya itu, ramai teruja melihat dia menikmati telur goreng buaya dan ada yang mencadangkan agar dimasak pelbagai resepi masakan lain menggunakan bahan tersebut.
Sumber: Kosmo
