Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Pekerja kilang ‘sangap’, Belum sempat puas dah rugi RM11,300

Hasrat seorang pekerja kilang mahu berseronok dengan seorang pelacur terbantut apabila dia terpedaya dengan penipuan Perkhidmatan pelacuran Rozer Gold yang dihubunginya melalui aplikasi WhatsApp.

Superintendan Hoo Chang Hook selaku Ketua Polis Daerah Jempol berkata, semasa mangsa iaitu lelaki yang berusia 36 tahun itu berada di sebuah kilang di Bahau, mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki di nombor telefon yang bernombor 011-26835029 bagi mendapatkan seorang perempuan (amoi) untuk perkhidmatan pelacuran sekitar jam 12 tengah hari.

Menurut Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa diminta untuk memasukkan sejumlah wang sebanyak RM300 ke aplikasi Razer Gold dan Silver.

“Mangsa membuat bayaran kira-kira sejam selepas berurusan di sebuah kedai serbaneka 24, jam dan selepas pembayaran, mangsa diminta untuk menghantarkan gambar kad pengenalan sebagai bukti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam urusan tersebut mangsa telah membuat 22 kali tambah nilai ke Aplikasi Razer Gold & Silver Jam berjumlah RM11,300.00. Bagaimanapun, mangsa kemudiannya ada bertanyakan kepada kawan tentang hal tersebut dan diberitahu aplikasi tersebut tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan.

Superintendan Chang Hook juga turut berkata, mangsa yang merasakan tertipu dan bimbang kad pengenalannya akan disalahgunakan segera membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam.

 

Sumber: Info Rakyat

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...