
Gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu kisah di mana proses untuk merujuk kembali bersama bekas suaminya itu terbantut selepas mendapati lelaki itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita itu, dia yang dikenali sebagai Mekna memberitahu kepercayaannya telah hilang selepas melihat perbualan manja bekas suaminya bersama seorang wanita lain.
Bila saya tanya, nak ke kahwin dengan perempuan tu. Saya boleh pinangkan, tapi tak nak pula. Lepas tu saya cakap tak nak tak apa tapi jangan hubungi perempuan tu dah.
Tambah Mekna lagi, perempuan berkenaan juga ada berjanji tidak akan menggangu lelaki itu lagi namun itu hanyalah janji di mulut sahaja. Wanita terbabit masih menghubungi malah dengan selambanya meminta wang daripada bekas suaminya itu tanpa rasa segan silu.
Lelaki yang awak minta duit tu anak tiga dah dik.
Pada pengakhiran video tersebut, Mekna memberitahu apa yang berlaku ini memberikan pengajaran kepadanya supaya tidak mudah percaya dan memberikan peluang kedua kepada lelaki ‘kaki perempuan’ seperti bekas suaminya.
Sumber: OhBulan, TikTok
