Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lorong yang dahulunya kotor kini sudah bersih dan menjadi tumpuan pelancong

TELUK INTAN- Keadaan Medan Selera Menara Condong yang dahulunya usang dan kotor sehingga mencemarkan pemandangan kini sudah bertukar kepada wajah yang baru.

Atas inisiatif Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), medan selera itu khususnya lorong belakang bangunan di situ sudah dinaik taraf dan diperindahkan dengan hiasan berpuluh-puluh payung berwarna warni, sehingga sudah menjadi tarikan pelancong.

Suasana di lorong itu sudah jauh berubah berbanding yang lama, daripada lorong yang kotor dan berbau busuk, kini ia menarik sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu sehingga ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan berswafoto di situ.

Megat Amerudin Me­gat Danian selaku Pegawai Perhubungan Awam MPTI berkata, naik taraf medan selera dan lorong belakangnya merupakan antara usaha pihak berkuasa tempatan itu untuk memperindahkan bandar Teluk Intan bagi menarik lebih ramai pelancong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, sebelum ini lorong belakang medan selera Menara Condong itu terlalu kotor dan menjejaskan imej bandar ini kerana lokasinya di kawasan tumpuan pelancong.

“Naik taraf lorong medan selera Menara Condong merupakan antara yang dilakukan dalam usaha mencantikkan lagi bandar Teluk Intan.

“Lorong belakang medan selera itu dibersihkan dan dicat baharu dan kini sudah cantik berbanding keadaan yang kotor dan busuk sebelum ini. MPTI beri perhatian naik taraf lorong tersebut kerana ia terletak dalam kawasan tumpuan pelancong.

“Lampu solar dan payung berwarna warni dipasang di lorong belakang Medan Selera Menara Condong dan dinding bangunan medan selera itu dicat dengan pelbagai warna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keadaannya sudah jauh berubah dan menarik pelancong untuk singgah sama ada untuk makan atau merakamkan gambar di lorong itu,” kata Megat Amerudin lagi.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai keadaan Medan Selera Menara Condong di sini usang yang mencemarkan pemandangan dalam kala­ngan pelancong yang berkunjung ke bandar ini namun kawasan itu sudah bersih dan cantik.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...