Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Madu ‘bersama’ dengan suami guna katil yang sama

Saya dah berkahwin hampir 3 tahun dan hidup berpoligami dalam rumah yang sama dengan madu saya. Bilik bersama dengan suami berkongsi dengan madu saya. Pada awal perkahwinan saya turuti saja syarat-syarat yang diberikan oleh suami kerana terlalu sayang kepada suami.

Hari berganti hari, bulan demi bulan sikap dan perilaku saya berubah mendadak kerana seolah-olah privasi saya sendiri atau dengan suami pun tidak boleh lagi di rahsiakan bersama madu.

Saya tak boleh terima “bilik bersama” diguna secara kongsi. Saya perlukan bilik yang berbeza.

Sikap saya lebih memberontak terhadap suami, pernah slow talk dengan suami minta sediakan bilik berasingan. Masing-masing ada bilik tersendiri tak perlu di kongsi lagi, tetapi suami gunakan alasan tidak mampu sedangkan suami ada lagi rumah lain yang suami sewakan atas urusan kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika ikutkan, boleh saja rumah itu diberikan kepada saya atau madu untuk tinggal di sana.

Ada sahaja ruang bilik yang boleh disediakan tapi beralasan banyak barang-barang yang perlu dikemas dan macam-macam lagi alasan yang diberikan.  Setiap kali saya minta untuk tinggal di rumah sewa suami yang lain, suami akan beri alasan mahu isteri-isterinya sentiasa ada dengannya dalam satu rumah yang sama. Bukannya tidak bahagia, memang bahagia kerana suami sentiasa ada, cuma bilik bersama di kongsi menjadikan isu besar buat saya.

Makin hari saya tidak mampu untuk reda. Bila madu mahu gunakan bilik itu, madu saya akan beritahu malam nanti dia akan bersama suami, dan saya terpaksa pindah ke ruang bilik yang lain, yang mana ruang itu agak sempit sebenarnya. Rumah itu masih ada bilik-bilik yang lain tetapi ruang bilik lain digunakan untuk menyimpan barang atau lebih kepada stor.

Setiap kali madu mahu guna bilik, saya akan memberontak dan bermain dengan perasaan. Bayangkan semua privasi diganggu sehinggakan ruang privasi untuk diri sendiri pun tidak ada. Saya tidak halang sekiranya madu saya mahu bersama suami, cuma agak mengecewakan apabila privasi diri saya tidak dapat dijaga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siapa tidak sayang suami. Saya bahagia berpoligami kerana bukan kita seorang sahaja yang buat kerja untuk suami, urusan kerja rumah dibuat bersama-sama dengan madu.

Cuma kami terpaksa kongsi “bilik bersama” di mana saya tidak dapat terima akan hal sebegitu.

Sekiranya saya memberontak, saya akan keluar dari rumah dan pergi ke rumah yang lain. Apa patut saya buat? Slow talk pun sudah dengan suami.

Takkanlah sampai minta cerai kerana isu ini semata. Cuma sedih, saya mahukan bilik persendirian sungguhpun suami tidak mampu bagi sebuah rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Info Rakyat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...