Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lima penduduk Orang Asli diminta berpindah akibat tanah runtuh

IPOH – Disebabkan oleh kejadian tanah runruh, seramai lima penduduk Orang Asli yang mendiami dua rumah di Kampung Juang, Simpang Pulai di sini, diminta supaya berpindah.

Sayani Saidon selaku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai diarahkan untuk bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada sekitar jam 7.24 petang.

Menurut Sayani Saidon, tanah runtuh itu dilaporkan telah mengenai bahagian belakang rumah penduduk yang terlibat.

“Hanya dua rumah yang dihuni lima mangsa terlibat dalam kejadian ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemantauan dilakukan dan didapati keadaan struktur tanah kurang stabil akibat hujan lebat.

“Atas faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca yang mendung, mangsa diminta untuk pindah ke rumah jiran yang jauh dari kawasan risiko,” kata Sayani Saidon ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Sayani juga ada berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak polis bagi rujukan semasa dan operasi telah tamat pada jam 8.19 malam.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...