Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Datuk bandar berkahwin dengan aligator betina

Mexico City – Seorang datuk bandar sebuah bandar kecil di selatan Mexico memasuki majlis perkahwinan dengan reptilia betina, dalam upacara tradisional untuk memohon nasib baik kepada rakyatnya lalu penonton bertepuk tangan dan menari.

Victor Hugo Sosa selaku Datuk Bandar San Pedro Huamelula, sebuah bandar Orang Asli Chontal di Tehuantepec di Mexico, mengambil reptilia bernama Alicia Adriana itu sebagai tunangnya, melakonkan semula upacara nenek moyang.

Reptilia itu adalah kayman, sejenis aligator yang menjadi penghuni paya di Mexico dan Amerika Tengah. Aligator adalah haiwan yang lebih kurang sama seperti buaya, namun ia sedikit berbeza.

Aligator betina yang bernama Alicia Adriana

Sosa telah bersumpah untuk menepati apa yang dikatakan oleh tradisi tempatan terhadap aligator itu sebagai ‘gadis puteri’.

“Saya menerima tanggungjawab kerana kami saling menyayangi. Itu yang penting. Anda tidak boleh berkahwin tanpa cinta. Saya tunduk kepada perkahwinan dengan ‘gadis puteri’,” kata Sosa semasa upacara itu berlangsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkahwinan di antara lelaki dan kayman betina sudah berlaku di penempatan Orang Asli itu selama 230 tahun untuk memperingati hari apabila dua kumpulan Orang Asli berdamai iaitu dengan cara melakukan majlis upacara perkahwinan suci.

Tradisi mereka mengatakan bahawa pergeseran dapat diatasi apabila seorang Raja Chontal mengahwini puteri perempuan kumpulan Orang Asli Huave, yang diwakili oleh aligator betina.

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, reptilia itu dibawa dari rumah ke rumah supaya penduduk boleh memeluknya dan menari.

Kayman itu memakai skirt berwarna hijau, tunik sulaman tangan berwarna-warni dan hiasan kepala reben dan labuci.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muncung haiwan itu diikat bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan mahupun kecederaan sebelum perkahwinan.

Kemudian, dia perlu memakai kostum pengantin putih dan dibawa ke dewan bandar untuk acara berkenaan dijalankan.

Selepas perkahwinan, datuk bandar menari dengan ‘pengantin perempuan’ mengikut bunyi dan rentak muzik tradisional yang dimainkan.

Ketika tarian itu berakhir, datuk bandar mencium muncung ‘gadis puteri’ itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...