Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Bekas Pegawai PTD dipenjara, Amang seksual di bilik air

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun oleh Mahkamah Rayuan kerana melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki yang berusia 13 tahun di bilik air asrama sebuah sekolah agama.
Mohd Zarul Afifi Mohd Zaki (tertuduh) telah diperintahkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail supaya menjalani hukuman penjara itu bermula 4 Julai 2023.
Tertuduh yang berusia 36 tahun itu sebelum ini bebas dengan jaminan sebanyak RM8,000 dan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.

Walau bagaimanapun, tertuduh gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitannya tetapi berjaya mengurangkan hukuman penjara daripada enam tahun dan dua sebatan kepada hanya penjara setahun.

Hakim Hadhariah, yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, berkata terdapat bukti yang kukuh untuk menyokong keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan tertuduh atas kesalahan itu. Hakim itu bagaimanapun berkata mahkamah bersetuju dengan peguam M.M Athimulan yang mewakili Mohd Zarul bahawa hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan adalah keterlaluan kerana tiada sebarang kekerasan atau kecederaan yang berlaku terhadap mangsa.
Pada 28 April 2021, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh pergelangan tangan dan perut budak lelaki yang sedang mandi di bilik air asrama sekolah berkenaan di Kuantan, Pahang pada jam 3.10 petang, 23 Mac 2019.
Mahkamah Tinggi, pada 18 Jan 2022, membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan terhadap Mohd Zarul serta menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan dua sebatan. Tertuduh kemudiannya merayu kepada Mahkamah Rayuan.
Dalam rayuannya semalam, Athimulan memohon mahkamah mengembalikan keputusan Mahkamah Sesyen kerana beliau berkata mahkamah itu (Mahkamah Sesyen) telah membebaskan anak guamnya memandangkan kejadian itu berlaku secara spontan dan bukan dengan niat.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Azmi Mashud, yang dibantu oleh TPR Aida Khairuleen Azli berhujah bahawa keterangan tertuduh yang menyatakan bahawa dia tidak menyedari telah memasuki pekarangan sekolah kerana bermain permainan Pokemon Go di telefon bimbitnya, hanyalah merupakan penafian semata-mata.
Beliau berkata keterangan oleh tertuduh bahawa dia memasuki bilik air untuk mengambil bajunya dan secara tidak sengaja menyentuh perut mangsa juga adalah cuma penafian semata-mata.
Sumber: Astro Awani, Bernama
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...