Seorang lelaki berkongsi rasa kesal dan tidak puas hatinya apabila didakwa menjadi mangsa tindakan yang tidak bermoral di mana dilakukan oleh segelintir kanak-kanak yang berada di sebuah pusat beli-belah.
Menerusi hantaran video yang tular di TikTok, pemuda yang dikenali sebagai Ilham itu difahamkan sedang menikmati juadah makanannya di sebuah restoran yang terletak di bahagian bawah pusat beli-belah berkenaan.
Sedang asyik dia menikmati juadahnya yang telah dipesan itu, secara tiba-tiba terdapat air liur terjatuh ke mejanya dari tingkat atas bangunan tersebut.
Dia yang kemudiannya melihat kanak-kanak tersebut dari tingkat atas menjadi lebih terkejut apabila terdapat juga air liur yang jatuh ke dalam gelasnya yang berisi air minuman.
Sedar akan kelakuan mereka diperhatikan Ilham, kanak-kanak tersebut terus menyembunyikan diri mereka.
Di akhir hantarannya, Ilham berharap agar isu ini dijadikan pengajaran serta meminta para ibu bapa untuk lebih memantau kelakuan anak-anak mereka dengan sebaik mungkin supaya tidak berlaku kepada lebih ramai orang lagi.
Menjengah pula di ruangan komen, rata-rata netizen berang akan perbuatan yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut di mana sudah mengganggu kententeraman orang lain.
Sumber: OhBulan, Tiktok
