Tidak dinafikan bahawa kita sudah biasa terdengar mengenai kejadian misteri di pelbagai tempat.
Bagi mereka yang sudah biasa ternampak ‘makhluk halus’, mungkin mereka sudah tidak ada rasa takut dan seram lagi apabila mendengar kisah orang lain.
Namun begitu, itu tidak terjadi kepada orang yang penakut. Kadangkala, bila kita menonton rakaman sahaja pun bulu roma boleh meremang.
Seperti sebuah video yang tular di Tiktok ini, seorang lelaki berkongsi situasi yang menimpa dirinya ketika sedang membuang air di tandas Petronas telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @adamjelahkot, kelihatan lelaki itu berada di dalam tandas Petronas yang tidak diberitahu lokasinya di mana.
Apa yang membuatkan situasi itu menjadi seram adalah ketika dia diganggu dengan cara pintu tandas yang dikuncinya dimain-mainkan dari luar.
Lebih menyeramkan lagi, dia merakam dari dalam dan tidak kelihatan kaki sesiapa di luar tandas itu. Pada akhir video, pintu itu terbuka sendiri dan membuatkan dia menjerit ketakutan.
“Tak sekarang ni jeritan ayu abang tu buat kan jin pun tekedu bang” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 954.3K views, 95.3K likes dan 959 shares di TikTok, rata-rata netizen turut sama berasa seram melihat situasi itu.
Di bawah adalah antara komen-komen yang menarik daripada netizen di TikTok:
Sumber: Seismik, Tiktok @adamjelahkot
