Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Sewa jet peribadi untuk ‘nampak’ kaya

Sudah masuk separuh tahun 2023, namun masih ada lagi orang yang tidak berapa bijak apabila ingin membuat content marketing.

Contohnya seperti yang tular sejak akhir-akhir ini, kononnya sekumpulan trader ‘forex’ menaiki jet peribadi dan berurus niaga di dalam pesawat.

Ada beberapa adegan yang menjadi perbualan netizen antaranya adalah “paling humble naik jet angkut beg sendiri, tayang duit berkepuk diikat getah dalam beg, dan paling best, bukan hanya seorang tetapi beberapa orang lagi dilihat turut menggunakan jet yang sama. Aduh kantoi.

Ada yang bersangka baik katanya mungkin jet peribadi ada banyak, mungkin juga jet tersebut sememangnya khas disewa untuk tujuan fotografi, videografi dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertarik juga pada satu komen yang mengatakan tauke balak sendiri pun malasingin menunjukkan yang dia adalah kaya. Komen ini sememangnya win.

Walau bagaimanapun, tidak pasti adakah benar golongan ini, mereka betul-betul kaya atau sekadar menunjuk-nunjuk kaya semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai supaya berpusu-pusu mahu jadi seperti mereka.

Pun begitu, jika content yang dihasilkan ini semata-mata untuk tujuan tular dan menarik perhatian orang untuk mengecam, ya, cara ini cukup berjaya menarik perhatian ramai orang tetapi tidak kena pada cara yang mana mampu membuat ramai orang berasa ingin tahu punca pendapatan mereka sama ada cara yang betul ataupun sebaliknya.

Mohon jangan tonjolkan kebodohan diri sendiri dan jagalah standard. Orang sekarang ramai yang bijak-bijak belaka maka mereka tak mudah lagi terpengaruh dengan lakonan drama sebegini rupa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Netizen akan mencari info dan maklumat sehingga ke lubang cacing perkara-perkara yang kelihatan tidak kena seperti ini. Sekali sahaja orang dah tak percaya, selamanya akan disimpan di dalam hati.

Bercerita mengenai kaedah pengiklanan ini, disebabkan itu jugalah kita perlu kekalkan percaya pada cara yang lama iaitu melalui akhbar, papan-papan iklan, TV, radio dan jika di media sosial pula bergantung kepada siapa penerbitnya.

 

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...