Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Panjat tiang licin bagi meriahkan majlis perkahwinan

PASIR SALAK: Hasrat sepasang pengantin baharu untuk mengadakan tradisi permainan rakyat yang terkenal di daerah tersebut iaitu memanjat tiang licin akhirnya tercapai juga pada majlis persandingan mereka di Sungai Manik di sini baru-baru ini.

Permainan tradisi itu telah diadakan di kawasan sawah dan apa yang lebih lebih menarik adalah pihak pengantin menyediakan hadiah kepada pemenang bagi permainan tersebut.

Selain pertandingan memanjat tiang licin, ada juga beberapa acara lain sempena majlis persandingan mereka seperti persembahan seni silat, permainan mercun dan menabur coklat.

Pasangan pengantin itu, Muhammad Norfitri Ismarani, 20, dan pasangannya, Nurazmiera Qhairunisa Mohd Zulkifli, 21 mengakui bahawa mereka berasa amat teruja dan gembira yang tidak terkata apabila ramai tetamu yang hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, tetamu bukan sahaja menghadiri majlis perkahwinan mereka tetapi juga untuk menyaksikan dan menyertai pertandingan memanjat tiang licin.

Katanya lagi, mereka memang berhasrat untuk mengadakan permainan tradisi penduduk di sini pada majlis persandingan mereka bagi memeriahkan lagi majlis.

“Keluarga kami mahu hidupkan kembali tradisi orang Sungai Manik yang sudah agak lama tidak dapat diadakan disebabkan wabak Covid-19.

“Acara ini memberikan keseronokan tetamu yang datang kerana mereka sudah lama tidak menyaksikan acara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lebih menarik hadiah disediakan kepada mereka yang berjaya memanjat tiang licin iaitu antara RM1,000 sehingga RM1,500,” katanya.

Muhammad Norfitri berkata juga, dia gembira kerana pertandingan panjat tiang licin itu berjaya memeriahkan majlis perkahwina mereka.

“Melihatkan gelagat para peserta, saya dan isteri pun teruja nak menyertainya tapi bimbang baju pengantin kotor terkena minyak.

“Isteri saya juga seronok melihat peserta sehingga dia juga nak turut cuba memanjat tapi dia memakai kasut tinggi dan tak boleh buka,” ulasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...