Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Maut akibat terperosok di bawah kereta

KUANTAN – Seorang penunggang motosikal didapati maut di tempat kejadian selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan. Kemalangan tersebut melibatkan lima buah kenderaan dan berlaku berhampiran susur keluar Felda Chegar Perah, Lebuhraya Central Spine Road (CSR), Lipis pada awal pagi Isnin.

Zulfadli Zakaria selaku Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Zulfadli Zakaria, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis telah menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 4.05 pagi.

Lapan orang anggota termasuk pegawai bergegas bersama jentera ke lokasi kejadian untuk bantuan menyelamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan empat kereta dan sebuah motosikal manakala mangsa terperosok di bawah salah sebuah kereta terlibat,” kata Zulfadli Zakaria.

Zulfadli ada juga berkata, pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat lori tunda untuk mengalihkan kereta bagi mengeluarkan mayat mangsa daripada bawah kereta.

“Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelas Zulfadli lagi.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...