Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Tiga generasi sanding serentak

PONTIAN: Bapa, anak dan juga cucu merealisasikan hari bersejarah mereka apabila melangsungkan majlis perkahwinan secara serentak di Jalan Rezab 2, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas.

Ahmad Omar, 80, (bapa) bersanding bersama pasangan, Juriah Misubani, 61; Rozita Ahmad, 45 (anak) pula bersanding bersama Mohd Yazid Ali, 44; manakala Nurhazimah Mohd Hussin, 24, (cucu) dengan pasangannya, Mohamad Zulhaire Zakaria, 22.

Majlis bersejarah itu turut dihadiri kira-kira 3,000 orang tetamu.

Majlis pernikahan Ahmad berlangsung pada 1 Jun, Rozita pula pada 3 Jun manakala Nurhazimah pada 30 Jun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan mempelai Ahmad Omar dan Juriah mengenakan pakaian berwarna kelabu, Nurhazimah bersama Mohamad Zulhaire pula serba merah manakala Rozita serta Mohd Yazid berpakaian warna ungu.

Ketiga-tiganya pasangan bersanding di rumah Mohd Hussin Jambari selaku tuan rumah yang juga bapa kepada Nurhazimah.

Ahmad yang juga bapa kepada enam anak dan mempunyai 15 cucu serta tiga cicit berkata, majlis pernikahannya berlangsung di Pejabat Kadi Pontian dengan hantaran sebanyak RM5,000.

Katanya juga, kelangsungan majlis berkenaan, termasuk bersanding secara serentak adalah hasil permuafakatan semua pihak, termasuk ahli keluarga pengantin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak, termasuk penduduk kampung serta saudara-mara, yang membantu menguruskan majlis ini,” katanya yang juga petani.

Bagi Rozita yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik itu, dia bersyukur dengan kelancaran majlis persandingan tersebut.

“Siapa sangka, tiga generasi bersanding di pelamin yang hari yang sama. Ia cukup menunjukkan eratnya silaturahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

“Saya berdoa supaya perkahwinan kami sentiasa dirahmati Allah SWT. Terima kasih juga kepada semua yang membantu,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di daerah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu pula, tetamu, Robaniah Jamari, 60 tahun ada berkata, majlis berkenaan bukanlah sekadar menjadi kenangan buat mempelai malah juga kepada tetamu yang hadir.

“Majlis ini cukup unik dan melambangkan keharmonian dalam keluarga juga masyarakat,” katanya lagi.

 

Sumber: HMetro

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...