Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Laungan azan oleh bapa dengan harapan anak, adik ipar dijumpai

TUMPAT: Sebaik sahaja mendapat panggilan memberitahu anaknya terjatuh di dalam sungai, seorang bapa sudah bersedia dengan segala kemungkinan termasuk bakal kehilangannya.

Afendi Ismail, 43 tahun, berkata, dia telah menerima satu panggilan pada jam 7 malam mengenai anaknya, Amrullah Fitri, 10 tahun. Berdasarkan panggilan itu, dia dimaklumkan anaknya terjatuh ke dalam sungai ketika bersia-siar menaiki bot bersama bapa saudaranya di Sungai Kelantan.

Dalam kejadian pada jam 6.45 petang itu, Nor Awadah Sulong, 30 tahun, lemas manakala suaminya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30 tahun, serta Amrullah Fitri masih lagi hilang.

“Saya bergegas ke lokasi di Kampung Pasir Pekan Hulu dan ternampak mayat Nor Awadah di tebing sungai manakala anak saya dan adik ipar (Wan Muhamad Najmi) masih belum ditemukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam hati saya merasakan sudah tiada harapan untuk ditemukan dengan selamat memandangkan anak saya tidak pandai berenang malah kesemua mereka juga tidak memakai jaket keselamatan.

“Saya menunggu di lokasi sehingga 2 pagi tadi dan sempat melaungkan azan di sekitar kawasan itu dengan harapan anak dan adik ipar segera dijumpai,” katanya ketika ditemui.

Afendi yang menetap di Kampung Patek, Kadok, Kota Bharu berkata, anak tunggal lelakinya yang dipanggil ‘Abang Ngah’ itu sudah kerap kali menaiki bot milik Najmi untuk bersiar-siar di Sungai Kelantan.

Dia berkata juga, sebelum kejadian berlaku, Amrullah Fitri menunaikan solat Jumaat bersamanya di Kampung Kadok, Kota Bharu dan sempat membaca surah Yasin seperti biasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Cuma semalam anak saya membaca Surah Yasin dengan lancar, tidak seperti biasa yang kerap juga bertanyakan saya jika tidak pasti mengenai bacaan.

“Ketika ingin menunaikan Solat Jumaat semalam juga, Abang Ngah agak teruja berada di barisan hadapan selepas menyedari ada beberapa ruang kosong sebelum memenuhinya.

“Abang Ngah anak yang patuh dan sering membantu saya menjaga lembu peliharaan kerana sudah boleh diharap. Saya harap mereka berdua ditemukan segera walau hidup atau sudah tiada,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan suami isteri serta kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam sungai selepas enjin bot mati dengan tiba-tiba menyebabkan mereka terpelanting.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bayi perempuan yang juga anak kepada suami isteri terbabit, Wan Nur Ameena Wan Muhamad Najmi, 14 bulan, masih selamat.

Jenazah Nor Awadah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kutan Sungai, selepas Zohor.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan dengan pencarian sekitar 1.2 kilometer radius termasuk selaman daripada sembilan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...