Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Enjin bot tiba-tiba mati, Tiga jatuh di Sungai Kelantan

TUMPAT – Enjin bot mati secara tiba-tiba dipercayai adalah merupakan punca sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, di Kampung Pasir Pekan Hulu, di sini.

Kejadian  yang berlaku pada jam 6.45 petang itu menyebabkan Nor Awadah Sulong, 30, ditemukan lemas manakala suaminya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, serta anak saudaranya, Amrullah Fitri Afendi, 10, masih lagi hilang.

Asisten Komisioner Amran Dolah selaku Ketua Polis Tumpat berkata, hasil maklumat awal mendapati ketiga-tiga mangsa serta seorang lagi bayi perempuan berusia 14 bulan yang juga anak pasangan suami isteri terbabit bersiar-siar di sungai itu dengan menaiki bot.

“Enjin bot milik Wan Muhamad Najmi itu dikatakan mati secara mengejut menyebabkan tiga mangsa berkenaan terpelanting sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ahli keluarga mangsa yang berada di tebing sungai segera ke lokasi menaiki bot dan menyelamatkan mangsa wanita serta bayi perempuan terbabit sebelum dibawa ke tebing.

“Bagaimanapun mangsa wanita itu sudah meninggal dunia manakala bayinya selamat dan mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat,” kata Asisten Komisioner Amran Dolah ketika ditemui di lokasi kejadian.

Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, operasi mencari dan menyelamat pada malam itu hanya membabitkan pemantauan di permukaan sungai sahaja dan selaman juga akan dijalankan bagi mencari dua lagi mangsa.

Turut hadir di lokasi adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertanya khabar mengenai kejadian serta menyantuni keluarga mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu juga, seorang saksi, Riduan Adnar, 30, berkata, dia ada terdengar bunyi bising di tebing sungai dan segera ke sana untuk melihat apa yang berlaku.

Dia berkata lagi, sebaik dia tiba di tebing sungai, dia ternampak seorang lelaki yang juga ahli keluarga mangsa menaiki botnya menghampiri bot yang dinaiki semua mangsa yang berada di tengah sungai.

“Lelaki itu mengangkat mangsa wanita dan dibawa ke tebing sungai sebelum berpatah semula ke bot yang semakin dibawa arus untuk mengambil bayi perempuan yang sedang menangis.

“Ada juga penduduk kampung cuba membuat bantuan pernafasan terhadap mangsa wanita itu namun dia sudah pun meninggal dunia,” kata Riduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: HMetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...