Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lelaki dan anak saudara hilang selepas keluar memburu

TAWAU – Seorang lelaki dan anak saudara dipercayai hilang selepas keluar memburu sejak 6 hari yang lalu.

Mereka dikatakan pergi memburu di kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, dekat sini.

Jemishin Ujin selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis berhubung kehilangan lelaki berumur 33 tahun bersama anak saudaranya yang baru berumur 11 tahun itu pada pukul 8.56 pagi.

Menurut Jemishin Ujin, berdasarkan maklumat mereka dikatakan keluar memburu secara berkumpulan seramai lapan orang sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan ketika berada di dalam hutan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa dilaporkan hilang dan gagal dikesan selepas beberapa hari berada di dalam hutan.“Usaha mengesan dan mencari mangsa dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-duanya masih belum dijumpai,” kata Jemishin Ujin.

Jemishin berkata lagi, pasukan Bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pada pukul 11.50 pagi kemudiannya melancarkan operasi mencari dan menyelamat SAR yang turut dibantu oleh anggota polis dan penduduk setempat.

 

Sumber: BuletinTV3

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...