Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Mahu kahwin lain kerana baru jumpa cinta sejati

Seorang isteri berdepan ujian berat apabila suami yang dikahwininya selama berbelas tahun di atas pilihan orang tua mahu berkahwin dengan wanita lain dengan alasan sudah menemui cinta sebenar.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga tidak kisah sekiranya berpisah sekiranya wanita tersebut tidak menerima poligami biarpun mereka telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Kisah itu dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali di Facebook berhubung luahan daripada wanita tersebut kepadanya.

“Kata suami, dulu dia kahwin dengan saya kerana mengikut kata orang tua. Sekarang dia sudah jumpa cinta yang sebenar. Kalau saya tak nak terima (bermadu), dia tak kisah pun jika berpisah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tanya, apa salah saya tapi kata suami, saya tak ada salah apapun cuma dia dah jumpa cinta yang selama ini dia cari,” katanya menceritakan luahan wanita tersebut.

Suzana Ghazali berkata, pasangan itu telah berkahwin atas pilihan ibu bapa mereka sejak 18 tahun lalu.

Wanita itu sangat mencintai suaminya sepenuh hati, mendambakan diri sebaiknya sebagai isteri dan ibu kepada tujuh cahaya mata.

“Soalan ditanyakan kepada saya, apakah kerana wanita tidak boleh berpoligami maka isteri masih boleh kekal mencintai suami walau berkahwin atas pilihan orang tua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam masa sama si suami bukanlah lelaki yang melaksanakan tanggungjawabnya sepenuhnya. Tak bolehkah lelaki juga menerima jodoh itu adalah cinta yang sebenarnya,” katanya lagi.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...