Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Lembu korban terjun lori dan larikan diri

DUNGUN : Seorang penternak lembu berasa cemas apabila seekor lembu yang sudah ditempah oleh pelanggannya untuk ibadah korban tiba-tiba bertindak melarikan diri di Kampung Limbong, Paka di sini semalam.

Lembu tersebut melarikan diri sebaik sahaja tiba di pekarangan rumah individu yang mahu mengorbankannya pada jam 1.30 tengah hari.

Zairadi Mohamad berusia 48 tahun  menceritakan detik cemas itu dan berkata, lembu itu tiba-tiba merentap tali sewaktu mahu diturunkan dari lori.

“Sewaktu hendak menurunkan lembu itu dari lori, belum sempat saya ikat tali pada sebatang pokok tiba-tiba haiwan tersebut merentap menyebabkan talinya terlucut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Haiwan yang dianggarkan seberat 70 kilogram tersebut bertindak terjun dari lori untuk melarikan diri. Kami berusaha mengejarnya namun gagal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Zairadi berkata lagi, dia kemudian membuat hebahan mencari lembu hilang itu di aplikasi WhatsApp dan Facebook miliknya.

Dia yang menetap di Rasau telah dimaklumkan haiwan tersebut dilihat berada di sekitar Kampung Bukit Merah di sini iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi asal dia melarikan diri.

“Setakat ini, usaha mencari lembu tersebut masih giat dilakukan. Mujurlah pelanggan saya akan menjalani ibadah korban pada hari raya (haji) kedua,” kata Zairadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...