
Gambar hiasan
SERDANG : Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat mengalami kecederan yang parah setelah terjatuh dari tingkat 22 sebuah apartmen, Taman Putra Permai, di sini, semalam.
Mohamadul Ehsan Mohd Zain selaku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya ada menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.34 tengah hari.
Menurut Mohamadul Ehsan, seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang diarahkan untuk ke tempat kejadian selepas panggilan diterima.
Kejadian berlaku melibatkan seorang lelaki tempatan yang berusia 34 tahun. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 22 apartmen berkenaan.
“Mangsa juga dipercayai tinggal seorang diri ketika kejadian,” ujar Mohamadul Ehsan dalam kenyataan semalam.
Jelas beliau lagi, mangsa telah disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan parah yang dialami sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk melakukan tindakan selanjutnya.
Sumber: Kosmo
