Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> [VIDEO] Suka ‘lepak’ dengan kapibara, papan tanda khas ‘Oyen’ dipaparkan bersama

Di Malaysia, kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular dibela oleh masyarakat kita kerana sifatnya yang manja dan comel.

Bagi penggemar kucing atau cat lover, membela haiwan comel ini ibarat menjaga anak ataupun diri sendiri kerana ia dianggap sebahagian daripada keluarga. Membela kucing bukan sahaja menjadi terapi jiwa, ia juga dapat menemani kita dikala kesunyian.

Haiwan ini terdiri daripada pelbagai jenis baka dan mempunyai warna bulu yang berbeza-beza. Telatah dan gelagat haiwan ini yang sering mencuit hati sememangnya tidak dinafikan oleh sesiapapun.

Ada sahaja tabiatnya yang di luar pemikiran. Lebih-lebih lagi kucing yang digelar “oyen” ini sering dianggap gengster atau “kapla kucing” kerasa ada sahaja fiil yang dibuatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian video oleh Zoo Negara di akaun tiktok rasmi menunjukkan si bulus berwarna oren itu sering berkeliaran dan ‘melepak’ di kandang haiwan jenis kapibara.

Tambahan lagi, kucing tersebut juga berkeliaran dan makan bersama kawanan haiwan itu tanpa rasa segan silu.

Sehubungan itu, pihak pengurusan Zoo Negara Malaysia telah membina papan tanda baharu di kandang tersebut dengan tulisan yang tertera “Capybara & Oyen”.

“Haaa oyen pun dah ada signage sendiri. Mungkin next Roren kita pulak? Korang belum kenal Roren kan,” tulis Zoo Negara di ruangan kapsyen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, menjenguk pula ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap si bulus itu yang “lupa diri” kerana berada di kandang haiwan lain. Sebahagian mereka tak kering gusi mempersoalkan kandang tersebut milik kapibara ataupun kucing itu.

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 2.2 juta tontonan, dengan lebih 298,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 4,000 komen oleh warganet.

Sebelum ini, kelibat kucing berwarna oren itu tular di media sosial selepas dikesan sedang berehat bersama kawanan kapibara di Zoo Negara.

Menerusi perkongsian video oleh seorang netizen di TikTok, nabilnash_ memaparkan kelibat si bulus di belakang haiwan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekali imbas, pasti tidak menyangka kelibat si comel itu sedang berteduh bersama-sama haiwan berkenaan di sebuah ruangan sewaktu hujan sedang turun.

Bagaimanapun, setelah di ‘zoom’ anda pasti terkejut seekor kucing dengan ekspresi wajah dan matanya rapat tertutup seolah-olah kecewa dipercayai berlindung daripada terkena hujan.

 

Sumber: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...