Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Kes bunuh dalam ladang kelapa sawit, Wanita warga asing disiasat

LUMUT : Seorang wanita warga asing ditahan untuk membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki tempatan disyaki telah dibunuh dalam sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar, petang semalam.

Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri selaku Ketua Polis Perak berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan di sekitar Ayer Tawar kira-kira pada pukul 3.30 pagi, hari ini.

“Siasatan mendapati suspek adalah kenalan mangsa yang juga berusia 38 tahun,” kata Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Menurut beliau, terdahulu pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki kira-kira pukul 5.15 petang semalam di mana dia memaklumkan menemui seorang lelaki terbaring dan tidak sedarkan diri dalam ladang sawit dekat kilang papan di Ayer Tawar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumnya, siasatan awal mendapati bahawa mangsa mati di tempat kejadian dengan beberapa kesan tetakan pada tubuhnya.

Jelasnya lagi, pihak polis turut menemui dua batang besi cangkuk tandan kelapa sawit, sebatang besi, satu jaring untuk mengutip buah sawit lerai, sehelai tuala serta motosikal milik mangsa di lokasi kejadian.

Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri juga ada mengatakan bahawa mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk dibedah siasat dan dapatan daripada proses itu kira-kira pukul 10 pagi hari ini mengesahkan punca kematian akibat kecederaan di kepala dan pendarahan yang banyak ekoran kesan tetakan senjata tajam.

Beliau menjelaskan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Datuk Seri Mohd. Yusri memaklumkan, suspek wanita tersebut direman mulai hari ini sehingga 1 Julai depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

 

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...