Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kisah MalayaKisah Malaya

Uncategorized

> Ibu mentua larang buka ‘aircond’, Wanita hampir alami keguguran

Seorang wanita hamil hampir keguguran akibat cuaca panas yang melampau. Hal ini berlaku kerana ibu mentuanya telah melarang dia untuk menggunakan penyaman udara di rumahnya.

Gambar hiasan

Memetik laporan Qingdao, wanita dari wilayah Guangdong di selatan China itu berkata suaminya mencadangkan dia untuk berhenti bekerja semasa dia sedang hamil dan dia perlu tinggal bersama ibu mentuanya di rumah yang sama.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 Jun lalu. Suhu pada ketika itu telah mencecah 38 darjah Celcius sehingga menyebabkan wanita itu kepanasan lalu menghidupkan penyaman udara.

Namun begitu, ibu mentuanya menghalang keinginannya itu dengan mendakwa bahawa dia tidak layak untuk mendapatkan keselesaan dengan alasan bukan dia yang membayar bil di rumah itu tetapi semuanya ditanggung oleh anak lelakinya.

Wanita hamil itu berkata dia tidak mampu bertahan dan tidak dapat bernafas dengan baik malah mula berpeluh dengan banyak. Dia kemudian bertindak menghubungi talian kecemasan dan segera dibawa ke hospital yang berdekatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah menerima rawatan susulan, doktor memaklumkan bahawa dia boleh mengalami keguguran jika dia tidak dirawat dengan segera pada ketika itu.

Wanita itu berkata dia berasa panik dan takut. Dia turut tidak mahu memaafkan perbuatan ibu mentuanya itu malah mahu pindah ke rumah yang lain bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Sementara itu, insiden tersebut tular di media sosial di China dan rata-rata warganet mengecam tindakan kejam ibu mentua wanita berkenaan dan perbuatannya itu seolah-olah seperti sengaja dan mungkin dengki akan menantunya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Oh Bulan, South China Morning Post

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like

Uncategorized

NAIROBI, KENYA –  Seorang wanita di  Kajiado, Kenya mengurung dirinya di dalam rumah bersama dua anaknya sebelum membakar kediaman tersebut selepas mendapat tahu bahawa...

Uncategorized

Walaupun sedang menjalani hukuman juvana di sebuah pusat pemulihan, empat pelajar perempuan ini nampaknya masih lagi berkelakuan tidak bermoral. Empat orang pelajar perempuan yang...

Uncategorized

Seorang wanita di Vietnam dilihat hanya tergelak selepas peragut berjaya melarikan diri bersama rantai emas miliknya. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika wanita tersebut sedang...

Uncategorized

Seorang pelajar perempuan telah menjadi mangsa rakannya sendiri apabila dia dikelar. Mangsa telah dikelar dengan menggunakan sejenis pisau dapur. Kejadian ngeri itu telah berlaku...